Tuesday, 18 December 2012

EVENT: SUNDAY JOYRIDE ON THE NEWS


Here we go again, our recent activity at Peliau beach has been featured in Sin Chew Daily. Below is the translation in Bahasa, thanks for the effort Mr. Jong Chee Ming.



"Bertolak melalui jalan Miri-Luak bay, Jalan Pantai Miri Bintulu, kumpulan kereta klasik telah melalui Kampung Bakam, Kampung Belaya, Kampung Telahap, Kampung Angus, Kampung Puai, kampung Peliau dan akhirnya berkumpul di Pantai Peliau, Sibuti.

Kereta lama dari tahun 30an dan 40an merupakan kereta Jepun dan dan kereta Eropah ini masih 'sihat dan bertenaga'. Selain mempunyai nilai dan sejarah untuk koleksi, kereta lama tersebut merupakan 'Daily Driven' bagi pemiliknya.

Dalam 31 buah kereta klasik, 26 kereta adalah dari Miri dan 5 buah lagi dari kumpulan kereta klasik Brunei.

Ada pelbagai jenis kereta klasik yang mengikuti TT tersebut. Contohnya Kereta Eropah Jenis Mercedes Benz E-class Jenerasi yang ketiga dengan chassis nombor W115. Kata pemiliknya Encik Jong; model Benz tersebut merupakan model yang popular dan menunjuk identiti seseorang, justeru merupakan model benz yang paling laras jualannya.

(Encik Jong berkata) " Saya suka kereta klasik kerana garisan halus dan pandangan kereta klasik yang unik. Dengan jiwa dan tenaga yang banyak digunakan untuk proses pembaharuan, kereta klasik akhirnya baru dapat berjalan di jalan raya. pada masa yang sama, saya juga belajar banyak dalam proses pembahuruan kereta lama."

Untuk pengetahuan, kebanyakkan kereta klasik adalah kereta pada zaman 70'an. Ini termasuklah Mazda Rx7 Savanna, Honda Civic generasi pertama, Mitsubishi edisi AD, Datsun 120Y, Toyota Celica serta series KE misalnya KE20, KE25, KE35 dan KE70. yang lain-lain contohnya Celica TA22 dan KP30. Jenis kereta klasik yang berbeza menunjukkan keunikkan dan identiti yang berbeza; perasaan ini hanya peminat kereta klasik dapat mengetahuinya kemanisannya.

Tajuk: 'Keunikkan reka bentuk kereta klasik'- Menyimpan dan koleksi kereta Klasik merupakan hobi yang unik, terutamanya selepas diperbaharui dan diubahsuai; terus menarik tumpuan ramai serta 'menjolok dan mencuci mata' public di jalan raya.

Untuk pengetahuan, kereta klasik mempunyai model dan reka bentuk yang unik, reka bentuk yang berlainan serta enjin yang istimewa. kereta dari zaman yang berlainan turut menunjukkan 'Trend' reka bentuk kereta pada zaman tersebut. lebih-lebih lagi jenis 'spesis' kereta yang hampir pupus, turut mendapat permintaan dari peminat kereta klasik dengan nilai yang tak terhingga.

Menurut pemilik kereta klasik, kereta lama tersebut merupakan kereta yang perlu dibaikpulih dan diperbaharui sebelum dapat berjalan di jalan raya. kebanyakkan merupakkan kereta rosak yang terbiar di bengkel bagai besi buruk.

Menurut pemilik; 'besi buruk' tersebut perlu ditarik balik ke rumah untuk proses baik pulih enjin yang telah 'condamn' serta proses tabur cat yang baru. Inilah syarat pertama membantu menambah nilai kereta klasik yang diminati ramai."

Many thanks Mr. Press for the coverage, you rock!

Stay tuned for full story.
Load disqus comments

0 comments